penyeri hidup adam.....

wanita penyeri dunia,
menjadi pelengkap hidup
dirindui dan diidami sang lelaki
malah hadirnya hawa
atas permintaan adam
yang menginginkan peneman
pengubat sunyi
terwujudnya insan istimewa ini
dari rusuk lelaki untuk dilindungi,
dekat di hati untuk di sayangi dan dikasihi
sepertinya wanita
kayu yang bengkok,
maka bayangannya juga bengkok,
begitulah peribadinya
bimbinglah ia dengan kesabaran dan keimanan
kerna itulah yang memberi kebahagiaan
diciptaNya wanita dengan kelembutan
bukanlah sebagai penghinaan
tetapi adalah satu anugerah kecantikan

Comments

Popular Posts