sesuatu di antara waktu

Kelmarin, Hari Ini dan Esok

Seorang bijak pandai pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tidak kita bimbangkan.

Yang pertama; hari kelmarin.

Tidak mungkin bahkan tidak mampu untuk kita mengubah apa telah terjadi. Tidak bisa untuk menarik kembali pertuturan yang telah dipertuturkan. Tidak mungkin untuk menghapus kesalahan atau mengulangi kegembiraan yang kita rasakan pada hari kelmarin. Mungkin hanya bisa mohon maaf kiranya telah perlakukan kesalahan, atau syukurillah atau ucapkan terimakasih pada sesiapa pun kiranya memenuhi keinginan. Maka mudahkan fikiran dengan hanya melepaskan ia dengan redha.

Yang kedua; hari esok.

Hingga mentari menjengah membuka tirai fajar, tidak mungkin ketahuan apakah yang bakal berlaku. Tiadanya kemampuan untuk menentukan kemungkinan keesokannya, apakah sedih? Apakah ceria? Maka bangunlah dari lena yang panjang, kejutkan minda dari khayalan, dari anganan. Esoknya bukannya pasti milik kita.

Yang tersisa hanyalah hari ini. Untuk memperelokkan hari kelmarin, dan sebagai perisai hari esok. Nikmati setiap langkah hari ini seadanya dengan hati yang teruja, penuh rasa kesyukuran dan kesabaran dalam setiap ujian mudah pertingkatkan iman.


Good Day Graphics

Comments

Popular Posts