Yang Terindah


Bila cinta memekarkan harumannya, hati mula berkata-kata. Apakah aku tidak jatuh pada lubang sama? Ditinggalkan. Dijadikan persinggahan cuma. Perawat kepada segala kesakitan. Penghibur kepada segala kesunyian. Penenang kepada kekalutan dan kegusaran.

Sudah teraturnya jalan hidupku. Sudah menjadi pemberiannya Dia. Apakah aku sabar menghadapi semua ini? Tidak teradanya hal itu sekiranya bukan dengan izin dan kehendak MU Ya Allah. Aku redha. Aku yakin semuanya ini adalah yang terbaik untukku dan tidaknya Dia berikan kepadaku tanpa Dia mengetahui kemampuanku.

Cuma permohonanku dari MU berikan aku sedikit kesabaranMU dan sedikit kekuatanMU serta sedikit keindahanMU agar aku tidak tersimpang dari jalanMU. J afwan bukanlah tererti aku coretkan di sini ingin menastolgiakan apa ang telah berlaku. Iya tidak mungkin untuk aku melupakan semuanya. Cuma biarku abadikan sebagai diari hidupku, antara salah satu perjalanan hidupku. Yang akan menjadi satu hal yang mematangkan aku untuk terus menjalani hidup ini.

Bermulanya kegagalan pertama setelah pelbagai kejayaan mewarnai hidupku. Apakah sudah tidak cukup bagiku? Bermulanya kesedihan pertama setelah aku basah dihujani kegembiraan yang pelbagai. Apakah itu tidak mencukupi?

Ya Allah tiada sesuatu yang terbaik selain setiap kurniaanMU adalah……….. YANG TERINDAH.

Comments

Popular Posts