Al Aqsa.....?

Sirah telah banyak mengajar kita, tapi jarang untuk kita mengambil setiap pengajarannya. Ramai yang mengeluh bila diungkit kembali hal bersirah, waktu yang bersirah, keadaan yang bersirah.

Bagaimana Masjid Al-Aqsa? Apakah hal ini tidak sama dengan ancaman Abrahah ke atas Qiblat umat Islam sekarang ini Kaabah? Bila disingkap akan kebijaksanaan dan tawaduknya pemerintah waktu itu Abdul Mutallib. Mengukur kemampuan yang ada di badan sendiri. Beliau akur akan kemampuan kendiri. Menyerahkan kepada yang berhak dalam memberi perlindungan. Cuma menyedari akan tanggungjawab yang diperamanahkan.

“Wahai Abrahah, aku ketahui kehadiranmu hanya untuk menghancurkan Kaabah Baitullah. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghalang niatmu dan sesungguhnya Baitullah Kaabah itu adalah atas perlindungan dan tanggungjawab Allah, dan kehadiran aku hanya untuk bincangkan yang ada di atas perlindunganku dan tanggungjawabku.

Juga telah ku ketahui engkau telah merompak segala ternakan kami,maka pulangkanlah.

Cuma peringatanku segagah mana pun engkau dan tenteramu tidak mampu mengalahkan Maha GagahNya Allah dan tentera-tenteraNya.”

Satu ucapan yang bijak dalam memperhitungkan kemampuan. Sesungguhnya setiap yang telah dihadapkan kita hari ini, terungkap suatu hal yang harus kita perhalusi dan muhasabahi dalam mencari keredhaan Ilahi.

Juga telah diperjanjikan Allah suatu hari akan ada hari kemenangan Islam,dan ketika itu Islam bersatu. Dia tak pernah mungkiri janji. Tapi sementara dalam perjalanan ke arah itu, jangan lupa mentarbiahkan diri untuk hadapi hari muka yang mungkin kita turut diperhadapkan. Dan juga lakukan sebaiknya untuk hari ini kerna hari kelmarin telah berlalu dan biarlah semua yang berlalu menjadi tauladan untuk memperbaiki hari ini menjadi milikmu.

Wallahu’alam…..

mawarOREn…..

video

Comments

Popular Posts