Perjuangan Yang Tak Berkesudahan_Islam agama Haq

Bismillahirrahmanirrahim......

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Surah Alii Imran: ayat 19)

Islam agama yang haq diperturunkan Allah, dari awalnya penciptaan Adam dan berkesinambungan kepada perutusan Rasulullah dalam melebarkan jaringan Islam ke seluruh alam. Bersama sahabat-sahabat yang setia mengibarkan panji-panji Islam. Menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil.

Sahabat, perjuangan ini masih belum selesai dan tak akan selesai selagi nadi berdenyut. Selagi jiwamu masih berkudrat menikmati dunia ini, segala pinjamanNya Yang Maha Memiliki. Entah bila perjuangan ini akan berakhir hanya terungkap dalam pengetahuan Yang Maha Mengetahui.

Cuma terhurainya tanda-tanda pengakhiran itu dari perkhabaran Kalamullah dan Sunnah RasulNya. Sebagai panduan untuk teruskan perjuangan agar isiqamah teraras dan teralas di garisan Yang Maha Besar. Wallahu'alam...

Perkongsian yang masih adanya kekurangan agar bisa dipertambahkan dan diperbetulkan. Kerna tidak rugi untuk sesama saudara seislam saling ingat-mengingat dan berkongsi pemahaman dan pengetahuan. Juga kerna manusia itu tidak lepas dari kelupaan yang menjadi sifat biasa setiap insan.


Comments

Popular Posts