Aku Bukan Siti Khadijah...

Bismillahirrahmanirrahim….

Bulat mata melihat kelincahan anak-anak warden asrama berkejaran di hadiqah asrama. Sambil mindaku jauh entah ke mana? Air mata jatuh lekas-lekasku hapuskan, sambil mata liar memandang kiri dan kanan, apakah ada yang melihat?

Akak, kenapa tak kawen gi? Begitulah soalan-soalan yang menjadi mainan halwa telingaku. Kak, ada seorang abang minat sangat kat akak, akak tak nak ker? Senyuman kuukir, hati kadang-kadang sedih. Maaf dik, siapalah abang tu dik, apakah dia jauh muda dari akak? Kasian dia kalau muda dari akak.

Alah kak, Rasulullah s.a.w. dan Siti Khadijah bagaimana? Bukan ke Rasulullah s.a.w. jauh mudenye dari Siti Khadijah?

Mataku berkaca..aku bukan Siti Khadijah, walau pun aku ingin sepertinya dia. Hati kecilku jujur berkata. Wanita berakhlak mulia, bijak, cantik, kaya malah sememangnya Siti Khadijah itu amat2 sempurna di mataku. Mencukup 4 pilihan bagi seorang wanita untuk ditawarkan sebagai suri hati sang teruna.

Aku…aku…apakah ada pada aku? Hati kecilku deras berkata, siapa aku? Layakkah aku dinisbahkan kepada Siti Khadijah? Ya Allah, kerdilnya aku…..usahlah aku di sisiMu malah dinisbahkan sesama hambaMu aku teramatlah jauh. Ya Allah, tiada rayu yang bisa kuluahkan kerna setiap denyut nadiku berkata tiada apa pun yang tersembunyi dariMu. Jeritan hati terhijab pada pendengaran manusia tetapi tidak pada Maha Mendengar Mu Ya Alim. Jatuhnya air mata di gelap malam terhijab pada pandangan manusia tetapi tidak pada Maha Melihat Mu Ya Bashir.

Ya Allah, setiap apa yang Kau hadapkan kepadaku, itulah santapan terlazat buatku. Aku redha kerna tiada yang terbaik selain setiap apa yang Kau berikan kepadaku. Tapi, kadang-kadang terbit kata-kata kecewa, riak kecewa, marah dan sebagainya yang memadamkan nilai redha yang terada. Maaf....maafkan aku......

Comments

kak mawar : kalau kak mawar bukan khadijah, "abang" itu bukan rasulullah.
Anonymous said…
sedih la plak saye bce..maafkan saya andai saya juga pnah btanya sdemikian..really sorry..
mAw@rOreN said…
Terima kasih atas komen2 yang diberi. Tapi kenapa kak mawar pulak yang dijadikan rujukan kepada Khadijah itu?:)
Cuma pada fikiran saya, perbandingan jodoh itu secara terus amatlah kurang sesuai untuk masa sekarang. Sbb wanitanya bukanlah Khadijah dan lelakinya bukan Rasulullah s.a.w..
Anonymous said…
tidaklah Allah Taala menguji stiap hambanye itu dgn sia2 melainkn untk menguji ketakwaan hambanya itu..la tahzan ya ukhti...innaallaha maana..mugkin Allah ingn memberikan yng lbh baek kpd kta berbanding dgn apa yng kta dambakn atau mohon kpd Nye..fasobrun jamil
mAw@rOreN said…
anonymous: tulisan itu bukanlah ditujukan pada orang perseorangan. Tak perlu untuk memohon maaf.
mAw@rOreN said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
membandingkan khadijah ngn kak mmg kurg sesuai..tp tak salah klau kak mncuba mndptkan seorg lelaki yg muda dr akak sebagaimana yg dilakukan khadijah..peristiwa nie bkn untuk membandingkan sape2,tapi untuk kite tau bhwe benda nie tak salah malah pnah dilakukan oleh saidatina khadijah..
mAw@rOreN said…
Ye la tahzan untuk siapa sahaja yang di uji. Ujian itu perumpamaan masalah kepada kita. Hadirnya masalah itulah yang memberi pembelajaran, pengalaman dan mematangkan diri kita. Tidak dinafikan kekadang kita akan menjadi insan yang berjiwa keanak-anakan, kerana itulah fitrah penciptaanNya...
mAw@rOreN said…
Sememangnya hal itu tidaklah menjadi kesalahan, malah telah ada contoh yang amat dekat dgn diri saya sendrik. Tapi hala berkaitan dgn jodoh bukanlah hal2 yang sepele, tapi ia juga melibatkan perasaan dan semua yang disekitarnya...mmm Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Anonymous said…
http://u-jam.blogspot.com/2011/01/perbezaan-umur-dalam-perkahwinan.html
mge bermanfaat..
mAw@rOreN said…
syukran, semoga juga bermanfaat buat awak juga....
mAw@rOreN said…
anonymous: saye ade seorang kawan dalam usia 35 tahun. Saya kenalkan dengan awak boleh?

Popular Posts