Hadapi Dengan Tenang....









Bismillah wassalamualaikum.....
17/3/2011, Khamis:- Tiga hari telah berlalunya butullah di University of Jordan (Jamiah Urduniah). Program sukan antara jamiah membuat aku agak teruja untuk memberikan yang terbaik. Walau pun kurangnya keyakinan untuk membuat yang terbaik, aku cuba untuk lakukan yang terbaik. InsyaAllah.
Begitulah lazimnya manusia itu, kekurangan yang terada mempengaruhi keyakinan yang ada. Hanya berbekalkan usaha yang telah dikerah, doa yang telah dipohon, dan kekuatan tawakal kepadaNYA, membuat jiwa terus tegar menghadapi apa yang diperhadapkan.
Kerna kekurangan itu kekalahan mungkin hal yang besar untuk diperolehi. Tapi tiada siapa yang bisa menghalangi sesuatu itu sekiranya telah Allah inginkan hal itu berlaku.
Ya benar, aku kalah di atas permedanan itu. Inilah pembahagian Allah padaku, kerna itulah yang terbaik bagiku. Sedikit kekecewaan bukan kecewa atas pemberianNya tapi kecewa dengan keegoan diri. Ya Allah kumohon keampunan dari Mu Ya Ghaffar.
Semoga masih punya ruang dan peluang untuk aku menghadirkan sesuatu yang aku inginkan. Sesuatu yang harus kudalami agar jelas pada mata hati yang masih kabur.
Ya Allah, tiada yang terbaik selain apa yang telah Kau berikan kepadaku....

Comments

xpa akk..usaha lagi..insya'allah...buktikan pula d uni yarm0uk nnt...
mAw@rOreN said…
tgh risau ni wa, kaki tak baik2 gi...bengkak lagi dh skrg....tapi nak gak pegi nanti, nak capai target, kesian captain...

Popular Posts