kucari jalanNYA

gelap malam, sunyi...
cuma dengusan kecil seorang teman
tiupan angin anugerah kenyamanan,
bertemankan bulan dan bintang,
merenung sambil lisan ucap kebesaran pada
yang punya keAgungan

mata dipejam ringan
nafas dilepaskan berkeyakinan
cuba menghakis segala keresahan
mencari penyelesaian
mengadapi Ilahi dengan
penuh kesabaran
menunggu sedikit wartaan
agar surut permasaalahan


Comments

Popular Posts