siapa di balikan segalanya....

Malam gelap pekat menandakan waktu sudah lewat. Aku menarik hiram, walau musim soifi sudah menjengah zahirnya, tapi sejuk malam masih terasa. Mata ku pejam. Tubuh kecil yang keletihan kuhenyakkan ke tilam empuk. Alhamdulillah...terima kasih Allah yang menciptakan malam dan siang.

Subhanallah, cantiknya bulan....suara kecil roomate mengejutkan aku dari tidur yang hampir lena. Lisanku lunak mengikut tarian hati melafazkan Subhanallah, kecil lafaznya... terima kasih sahabat kerna ingatkan aku pada Allah. mmmm hampir aku terlupa membaca doa sebelum tidur... terima kasih sekali lagi sahabat kerna kamu wasilahNYA Allah, dalam mengingatkan aku amalan harian...DOA...

Mutiara mata segar jatuh ke pipi, terima kasih Allah kerna pertemukan aku dengan sahabat yang sentiasa mengingatkan aku padaMU. Ya Allah, tempat dia bersama mereka yang solehah dan perolehi keuntungan dunia dan akhirat.

Kak, cantiknya bulan...sapanya, mungkin dia sedar aku masih belm tidur kerna gerakan badanku sebalik hiram yang tebal.
Bulan penuh ke? berapa haribulan ni ye?....aah, hari ni 16 kak, jawabnya ringkas.. Aku tersenyum...

Begitulah putaran bulan, mengatur perjalanan hidup sang manusia. Menjadikan kehidupan ini lebih terarah dan punya matlamatnya. Subhanallah semuanya itu perlaksanaan Allah yang tersirat disebalik setiap ciptaanNYA.

Comments

Popular Posts