Warkah bisu buat sahabat....

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum…begitulah adanya kalam indah menjadi pembuka bicara setiap lembaran warkah. Walau pun bisu kalamnya tidak ia lena bersahaja.

Sahabat,

Kali ini kamu utarakan lagi luahan hatimu, Awak, saya suka kat awak….begitulah kata2 yang ketiga kalinya pada kiraanku. Kata2 yang membuat aku berfikir jauh. Melihat keadaan diri yang masih terlalu banyak untuk diperbetulkan. Dan juga……Apakah aku kuat? Apakah aku sabar? NANTI……suatu hal yang masih menjadi rahsia.

Sahabat,

Dalam aku masih cuba untuk mengenalimu, kadang2 apa yang telah aku lalui meyakinkan aku, bahawa aku disiapkan ditarbiahkan untuk ada disisi mu, menemanimu. Wallahu’alam…..Ya Allah kumohon ampunan dariMU.

Sahabat,

Kali ini aku gagah untuk katakan, jika itu kau rasa terbaik, ketemulah kedua orang tuaku. Tapi katamu, “ saya segan”…ya aku fahami situasimu. Tapi kata2 seorang ilmuwan yang menjadi aku kuat untuk terima seadanya kamu. “Adalah tidak sesuai untuk mengatakan seseorang yang kurang sempurna, itu cacat. Kerna diciptakan Allah manusia itu adalah yang paling sempurna. Cacat itu hanya layak bagi mereka yang tidak sempurna imannya.”

mmmmmmm………..

Sahabat,

Kadang2 aku jadi lelah untuk menghadapi yang ada di hadapanku. Apatah lagi hal2 yang berpautan dengan perasaan. Lebih-lebih lagi bila kamu katakan padaku, “Awak, sekiranya ada yang lebih baik datang melamar awak, terimalah dia.” Ya aku fahami lebih baik yang bagaimana maksudmu…. Sahabat, tidaklah aku membandingkan kamu hanya kerna fizikal tapi cukuplah agama menjadi bandingannya. Ya mungkin juga agamanya lebih berbanding kamu, tapi ketulusan hadir jelas padanya kamu.

Sahabat, akhir punat diketik, Maafkan aku sahabat….Ya Allah….aku redha Ya Allah kiranya ini yang terbaik buatku….Cuma pohonku padaMU, berikanaku sedikit kesabaranMU dan sedikit kekuatanMU untuk aku terus tabah menghadapi sisa2 hidupku.

Dan juga doaku buat kamu, semoga kamu lebih yakin dan percaya dengan kemampuanmu. InsyaAllah, kira ini yang disediakan buatku, akan ku perjuangkan setia bersama kamu.

Wassalamualaik..

14/4/2011

Comments

Popular Posts