apakah pembelajaranku darinya....??

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum si putih..apa khabar hari ini? mmm Terima kasih putih di atas kesetiaanmu. :)

Seharian di Madinah Hassan, menghadirkan diri dalam perdebatan tenaga yang dihadiri pendebat2 dari 12 jamiah yang ada. Hati berdebar, Ya Allah, hadirnya rasa gentar ini melihat pendebat2 yang ada. Sedangkan mereka itu juga seperti aku, makhluk Mu yang tidak punya apa2 selain yang Kau hadirkan kepada kami.

Beberapa acara telah dilangsungkan...hatiku tetap berdebar sambil menunggu acara yang akan aku pertandingkan, 3000m (3km) sebentar lagi. Senaman ringkas, bagi memanaskan badan aku dan teman lakukan. Tapi hati semakin kuat debarannya. Lahaulawalaquwataillabilllah.....Bismillahitawakkal'alallah....

200m permulaan bagi melengkapi 7 1/2 pusingan. Punat pistol menandakan larian harus digerakkan. Kesemua peserta berusaha untuk hadir di hadapan. Aku yang kerdil mengalah, memberikan laluan. Di kotak fikiran, aku masih punya 6 pusingan. Masih punya ruang untuk tingkatkan kedudukan. InsyaAllah...

Larian yang seimbang, tenaga yang ku simpan dengan bilasan yang ku yakini adil dalam setiap pembahagian agar aku bisa memperbaiki setiap minit kedudukan dengan ruang2 yang ada. Sambil mengharapkan agar aku bisa sampai ke noktahnya. Kesabaran kuteguhkan, dengan kekuatan yang berbaki aku teruskan walaupun kadang2 hati berbisik untuk aku rebah sebelum tiba diakhiran. Ya Allah, ampuni aku ya Allah.

Sambil kotak mindaku berfikir, beginilah kehidupan manusia, punya titik noktahnya, dan sepanjang ingin mampir ke akhirnya, terada pelbagai cubaan yang harus dihadapi. Sekira disirami benih sabar yang dikurniakan itu insyaAllah akan hadirnya kekuatan bagaikan gerila menggempur setiap benteng yang ada. Wallahu'alam...

Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku ruang untuk mempelajari erti sabar, erti syukur dengan kekuatan yang kau berikan. Semoga sabar itu terus hadir untuk aku hadapi sisa-sisa hidup yang ada......


Comments

Popular Posts