HE almost with love......

Allah itu dekat,

walau bagaimana engkau menjauh.

Tanpa kau pinta,

perlunya Dia untuk seluruh hidupmu,

di setiap hela nafasmu,

di setiap langkahmu,

di setiap perjuanganmu.

Malah semua……

Kerna hadirnya DIA

dengan keimanan yang teguh

diperhadirkan dari tuntutanmu

meraih cintaNYA

aliran dari kebijaksanaanNYA.

Hidup ini kadang-kadang terlalu payah

membuatkan kamu letih

dan mungkin akan terus menyerah.

Tapi dengan cinta kepada NYA,

tiadalah ia menjadi permasalahan.

Asyik dan khusyuk dengan rindu yang hadir,

menjadikan penyerahan itu benar.

Dengan sabar kurniaanNYA,

menjadikan kamu kuat

dipermukaan adilan nanti.

Juga kuatnya kamu

menjadi yang terbaik di hadapanNYA nanti,

Terbaiknya kamu di hadapanNYA

Hanya dengan jalan yang baik….

Dengan pedulikan setiap sudut perimetermu…

Menjadilah kamu bukan untuk disanjung

tetapi untuk diingati dan mengingati.

Kerna itulah kamu dan mereka

yang tidak akan rugi

dalam ruang masa amat singkat.

Comments

Popular Posts