KAU beri aku kepelbagaian o1

Detingan jarum jam memecah kesunyian petang yang tenang, alhamdulillah. Dihidangi dengan secawan teh dan biskut kegemaran. Menunggu waktu untuk sama2 menonton drama jepun alih suara maero attack.

Bila kini kenangan itu yang membuat aku malu, tersenyum puas. Memberi aku motivasi diri. Juga mengiyakan kata-kata, di mana ada kemahuan di situlah ada jalan, di situlah lonjatanmu..

Kesungguhan yang diterbitkan olehnya memberitahu aku yang kejayaan itu tiadalah bukan suatu hal yang sukar untuk diraih. Hanya berbekalkan kesabaran dan istiqamah..insyaAllah begitulah dengan izinNYA.

Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kerna atas setiap pemberianMU yang tidak pernah mengabaikan aku. Tika aku di bawah, Engkau izinkan aku di atas. Tika aku mula lupa padaMU, Kau hadirkan yang banyak mentarbiahkan aku tujuan hidup ini. Ya Allah....ampuni aku hanya hambaMu yang seluruh hidupku dalam genggamanMU....


Comments

Popular Posts