Sabar dalam proses.....

Apakah yang ingin dinikmati hasil atau pun proses? Begitulah hidup ini memerlukan proses bagi memperolehi hasil. Apakah yang diertikan proses? Apakah yang dimaknakan hasil?

Proses itu adalah kehidupan. Kerana tiadalah hidup ini bergerak tanpa proses. Kerana tiadalah hidup ini berpengalaman tanpa proses. Kerana tiadalah manisnya hidup ini tanpa proses.
Hasil itu pula adalah matlamat. Matlamat yang terada di pada hidup ini tidaklah kekal kerana sesudahnya ianya akan terus kesinambungan pula kepada proses. Dan tidak henti henti kepada proses. Maka disesungguhnya hasil yang benar-benar hasil adalah akhirnya hidup ini apakah syurga....insyaAllah.

Maka nikmati proses, kerna proses itu yang pasti, kerna proses itu yang jelas, kerna proses itu yang dekat...Usahlah sekali kali bebankan diri dengan kerakusan untuk memperolehi hasil yang hanya sementara.

wallahu'alam.......

Comments

Popular Posts