Ralat Malam Yang Singkat

Malam itu sejuk. Aku agak ralat dalam sedikit kemalasan. Menjadikan aku sedikit terbeban dengan sedikit tugasan yang menghenyak bahuku. Ya Allah.. sedikit keluhan mengiringi hela nafasku. Aku akur untuk turuti memanjakan kehendak yang memungkinkan aku kalut thumma harinya. Apakah aku ketemu hari esoknya? Apakah aku lapang hari esoknya? Ya Allah…..ku mohon sedikit kekuatanMU…..

Juga berat mata ini, menjadikan kemalasan itu beraja. Bismillah, huh, ku turuti saja kemahuanmu. Sesudah itu celakalah kamu. Bentak hati ku..geram… Alarm telefon bimbit ku setkan. Dalam pada itu hadirnya kebingungan memikirkan tuntutan tanggungjawab tak selesai..maaf kurang selesai.

Sms ringkas buat sahabat membatalkan acara malamnya. Aku mahu tidur. Bismillahirrahmanirrahim…Zzz…zzzz…

Alhamdulillah, ralat jam 12 tgh malam, telefon bimbit berbunyi. Calling? Aku tersenyum, menandakan aku puas. Syukran sahabat, setia membangunkan aku. Ketawa kecil mengiringi. Teman setia ku dekati, aku belai manja dahulunya, sedikit bonus buatmu teman, kata hatiku huhuhu, moga saja kamu bisa memberi komitmen yang terbaik buat aku kali ini.

Alhamdulillah, cuma sedikit yang berbaki rupanya, hati berbisik senang. Bertemankan cekedis2 yang ada dan song yang menyamankan halwa tiada tuli, aku selesaikan tugasan itu. Kegeliatan tubuh diiringi, mengkhabarkan keletihan, konon.. nafas dihela sedikit mengkhabarkan selesainya ia pada pikiranku. Hah…

Aza aza fighting, kali ini juang ku teruskan ke sudut yang berbeda. Fikiranku ligat, tanpa undangan tuntutan mata lebih ralat untuk aku lena. Bagaimana aku mahu teruskan juangku? Hafalanku, ulang studyku….. aku menjadi semakin ralat. Kemahuan mata memberatkan aku mengabaikan ralat yang mungkin sahaja bisa aku langsaikan kesekian waktunya nanti. InsyaAllah.

Selimut nipis ku tarik, mata riang ketawa, hati tetap gundah. Ya Allah…..beginilah ralatnya malam yang pendek…Semoga masih ada ruang untuk aku terus berjuang...

Pagi berkesinambungan sesudah malam, subuh membangunkan aku dengan kejutan sang sahabat yang setia. J syukran sahabat….salam sayang buat mu, semoga ukhuwah yang terada utuh kernaNYA ALLAH…insyaAllah..

Comments

sang sahabat said…
;-) rajin2 buat keje.jgn mls..nt sahabat dh xde,bleh bgun sndri..hehe..

Popular Posts