cinta yang ADIL

Aduh enaknya bercinta. Sepertinya dunia ini aku yang punya. Begitu penangan cinta, suatu keindahan yang tiada noktah. Syukurillah kerna Kau hadirkan cinta buat hamba2 MU yang rindukan kedamaian.

Kerana cinta, segala yang buruk menjadi indah. Kerana cinta segala yang jahat menjadi baik. Kerana cinta segala yang busuk menjadi wangi. Kerana cinta segala yang pahit menjadi madu. Kerana cinta segala yang terbit dari aura kekuasaan diri menjadi positif.

Huh...Tanpa kita sedari positif itu yang menghadirkan nilai negatif kerana terabai dari kawalan ingatan pada KEADILAN iaitu perletakan cinta yang sebenar. Malah kerana cinta tanpa keadilan itu yang haram pada waktu itu bisa menjadi suatu yang halal belum pada waktunya. Ya Allah, lindungi kami dari godaan syaitan dalam menikmati keindahan yang Kau kurniakan.

Adil dalam meletakkan cinta;
InsyaAllah tiada kecewa kerana cinta yang diterapikan adalah cinta yang ikhlas (wallahu'alam, ikhlas itu penilaian hanya bagi Allah). 
InsyaAllah, adil dalam bercinta, menjadikan kau kuat dalam menghadapi segala cubaan dan godaan. 
InsyaAllah, adil dalam bercinta menjadikan kau kuat dalam menghadirkan diri untuk menjadi seorang yang soleh juga seorang yang solehah. 
InsyaAllah, adil dalam bercinta menjadikan kau tiadanya ragu dalam menaruh kesetiaan dan kepercayaan. 
Kerana kau tahu cinta itu milik siapa, 
Kerana kau kenali yang dicintai itu milik siapa,
Kerana kau tahu dirimu adalah siapa......

Ya Allah, kami berlindung kepadaMU dari godaan syaitan
dan kami berlindung kepadaMu akan kedatangan mereka......

Riangkanlah Rasulullah s.a.w. dengan keramaian umatnya, 
jahanamkanlah syaitan itu dengan tangisan mereka kerana cinta yang adil itu menghadirkan yang sesuatu yang baik dengan menghalalkan sesuatu yang haram atas akad nikah yang hadir dengan persyaratan syariat Islam yang jelas....
mohon perlindungan dariNYA agar diperkuatkan iman, juga ditetapkan Islam agar hadirnya suatu kemanisan dalam ihsan....

wallahu'alam...tiada yang terbaik selain darinya Allah...

Comments

Popular Posts