menang atau kalah.....


Kemenangan? Kekalahan? Apakah itu kemenangan? Apakah itu kekalahan? Apakah kemenangan itu adalah apabila kamu di atas, kamu yang pertama, kamu yang terbaik? Dan apakah kekalahan itu kamu di bawah, kamu yang tercorot, atau kamu yang terhina?....

Seringkalinya kita mengungkapkan menang itu indah, kuat, hebat dan sebagainya. Dan seiringan dengan itu wah mantaplah awak, wah awak memang terbaik, berhambur kata-kata pujian mengangkat, menjadikan dagu terdongak tinggi ke atas. Ya Allah kami berlindung kepadaMU daripada riak.

Seringkalinya kita mengungkapkan kalah itu suatu yang buruk, lemah dan sebagainya. Dan juga seiringan dengan itu, cebikan bibir, ketawa mengejek. Eleh tak payahlah nak lawan mereka….Ya Allah, kami berlindung kepadaMU untuk mengaku kalah sebelum berjuang.

Apakah kemenangan itu milik si badan sasa, apakah kemenangan itu milik si badan tinggi, apakah kemenangan itu milik si kuat?…
Apakah kekalahan itu milik si badan kurus, apakah kekalahan itu milik si gemuk, apakah kekalahan itu milik si lemah?

Wahai sahabat, kemenangan itu milik mereka yang sentiasa redha dalam menjalani kehidupan menerima setiap pemberian, setiap keputusan. Tanpa tiada akalnya pasif dalam hanya menyerah dengan berputus asa dalam perjuangan. Kerana perjuangan tidak pernah berhenti hingga ke hujung usia yang telah ditetapkan.

Wahai sahabat, jangan segan pada kekalahan kerana kekalahan itu buah keinsafan, kerana kekalahan itu haruman wangi kehambaan. Menjadikan dirimu seorang yang kental menghadapi cabaran, menjadikan dirimu seorang sasa pada setiap ujian, menjadikan dirimu gagah dalam perjuangan yang suatu hari yang pasti punya akhiran.

wallahu'alam...

Comments

Anonymous said…
tahniah mawar oren.....

Popular Posts