rintihan dari keikhlasan?

Malam gelap melindungi segala yang ada di sekeliling dari pandangan.
Melindungi dari pelbagai tafsiran. Melindungi dari pelbagai komentar.
Begitu dalam gelapnya malam melindungi setiap perlakuan yang ada.
Tapi terangnya hati dalam mentafsir pandangan Allah.
Pandangan Allah yang tiada apa pun yang terhijab dari Dia yang Maha Melihat.
Terwujudnya dari hati yang ikhlas menongkah KEHIDUPAN tanpa memperhitungkan
apakah gelapnya malam
apakah terangnya siang.
Segalanya jiwa terarah mengaduh dari pandangan Allah,
kerana takut pada perhitungan Dia
dan juga pengawalan malaikat2 yang taat pada perintahNYA....

Ya Allah, tiada nilaian yang terbaik selain nilaiannya dariMU.
Ya Allah jangan biar aku leka dalam kurniaanMU,
untuk aku bisa setia menadah syukur padaMU.
Ya Allah jangan biar aku sendiri dalam dugaan seperti terabai
untuk aku bisa aku kuat dengan sedikit kesabaran yang Kau kurniakan buatku......

Syukurillah......

Comments

Popular Posts