amaran dari khusuf qamar wa kusuf syams


Bismillahirrahmanirrahim......

Zaman ini, kerap kali berlakunya peristiwa gerhana. Dulu aku hairan, apakah istimewanya gerhana? Ada yang menunggu akan kehadirannya, berbekalkan kamera. Aku sejak dulu sampailah ke hari ini aku seperti tiada apa yang menjadi suatu kepelikan, tiada suatu pun yang menjadi peristiwa yang besar berlaku, juga tiadanya kerisauan yang berganda akan kejadian gerhana. Cuma dari pengetahuan aku dan pembacaanku, gerhana adalah salah satu daripada tanda2 kiamat. 


Firman Allah mafhumnya: Al-Qiyamah: 7-9
"Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama."

Ya Allah kerasnya hati aku.. astaghfirullahal'azhim.... Daripada pembacaan aku sebelum ini, juga disarankan kita untuk menunaikan solat sunat sehingga lenyapnya gerhana. Kerana itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 

Tapi tika ini, tiba2 hati aku kuat terdetik untuk mencari info2 tentang gerhana. Info2 dari sudut Islam. Sesungguhnya kejadian dua hal ini adalah satu peringatan buat kita. Amaran akan kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Kuasa. 

Ya Allah, keampunan dariMU kumohon, buat diriku, ahli keluargaku, sahabat2ku, muslimin juga muslimat, mukminin juga mukminat. Ya Allah, mohon jangan biar kami leka dalam kesenangan duniawi yang punyanya akhiran.....ya Allah, mohon, kurniakan kami sedikit kesabaranMU untuk kami istiqamah beribadah ikhlas keranaMU......

Sekadar perkongsian, mohon adanya pertambahan dan pembetulan pada setiap kekurangan juga kesalahan.....wallahu'alam.....






Comments

mAw@rOreN said…
sekiranya ia berlaku lagi, dan sesudah itu berlakunya kiamat sudah tiada waktunya untuk bertaubat....Ya Allah...

Popular Posts