Gelap dalam terang?????...


Gelap, hitam…
Tapi samar2 bertemankan cahaya laptop
Juga cahaya ruangan koridor
Tanpa segan tanpa bakhil
memperkongsikan sedikit cahaya
Agar tidak kelemasan
Bersamanya kegelapan
Nikmat terasa
Tidak begitunya aku

Sempit ruangan ini
Sendiri...... 
Hanya mampu melihat
Walau pun terhijab
Pada jarak yang bermegameter
Hanya mampu mendengar
Walaupun terhijab
Pada kaburan kata-kata
Yang terus terahsia
Hanya mampu memegang
Walaupun terhijab
Pada hak2 yang belum langsai…

Ya Allah, tiada apa inginku
Cuma perkongsian yang
Dipandangi bersama
Cuma perkongsian yang
Didengari bersama…

Mungkinkah aku belum mampu?
Atau mungkin aku belum punyai hak…?
Atau mungkin aku bukan siapa pun…?
Ya Allah, astaghfirullah…

Ya Allah, tiada kekuatan itu
Selain dari MU
Tiadanya kesabaran itu
Selain dari MU



Comments

Anonymous said…
kadang sukar memahami..siapa, dimana kita....sabar...
Anonymous said…
menangislah, kadang2 tu air mata mampu meredakan walau hanya sekadar
mAw@rOreN said…
mmmm ntahlah sensitif sgt pulak perasaan ni, mudah nak menangis...
awan said…
wahhh nice poet ,, :D keep write to shout out your inspiration

Popular Posts