kalam hati ku....


Bismillahirrahmanirrahim
Kalam hati aku…
Melihat kepada diri aku ini terlalu banyak yang kurang, membuatkan aku berfikir untuk kesekian kali. Ragu. Apakah aku ahsan di sisi kamu. Bila kamu ucapkan nama2 mereka ahsan daripada aku….mmmm sedegupan jantung menjatuhkan mutiara yang peka pada  hati yang kerdil. Ya Allah aku masih terlalu jauh, Ya Allah! Ya Allah, aku berlindung kepada MU dari godaan syaitan dan aku berlindung kepada MU akan kedatangan mereka. 

Kekuatan aku…
Melihat pada wajah2 yang di sudut lain. Aku harus terus sabar bersama sabar yang masih berbaki. Juga melihat kepada janji yang telah diperhadapkan, memungkin aku untuk tidak mengkhianati akan ia. Biarlah perletakkan segala keputusan itu datangnya dari Allah.

Tawakkal aku…
Ya Allah, hanya Engkau yang mampu menghalangi sesuatu dan juga hanya Engkau yang berkuasa meneruskan sesuatu. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada MU Yang Maha Mengetahui. Aku redha kerana aku yaqin itulah yang terbaik buat aku dan semua yang ada di sisi aku.



Comments

djawa said…
terharu membacanya., :)

Popular Posts