nilaian,tekad, penyerahan....


Bismillahirrahmanirrahim….masa aku masih bergelar seorang pelajar. Aku sering berfikir, setelah tamat pengajian aku nak dapat job yang bagus. Aku beli kereta, aku beli rumah. Sepanjang pengajian dipenuhi bersamanya angan-angan, menjadikan hati bagaikan digaru2 ingin menamatkan pengajian secepat yang mungkin. Bestnye kerje…sambil tersenyum sendirian.

4 tahun di universiti diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah. Lepas ni dah boleh cari kerja. Aku kembali ke kampung. Sebulan  berlalu. Dua bulan, aku masih menganggur. Bermacam kerja telah aku pohon. Kadang-kadang tu, satu2 tempat aku boleh  hantar permohonan sampai 3 kali.  Dari situ aku mula berfikir sedikit sebanyak erti kehidupan. Kesesakan yang jarang aku rasai sebelum ini. Ya Allah….terima kasih Ya Allah…Alhamdulillah..

Terpandang aku pada satu tawaran untuk menyambung pengajian di internet. Master? Oh tidak. Aku lebih berminat untuk menyambung pengajian peringkat ijazah. Tapi berlainan bidang yang telah aku ada sekarang. Sivil Engineering. Tapi di UK. Hati aku semakin kuat penuhi keinginan itu. Lebih-lebih lagi teman2 maya seperti memberi sokongan moral. Malah mahu membantu.

Permohonan aku lakukan tanpa pengetahuan family. Alhamdulillah beberapa minggu kemudian, aku terima tawaran yang aku layak untuk ditemuduga, dan dijanjikan akan mendapat tempat kerana kuota negeriku kurang sambutan. Esok aku diharuskan terbang ke Kuala Lumpur.

Pagi itu, aku suarakan keinginanku pada ibu. Kata ibu tanyalah ayah. Ibu tak menghalang. Kata-kata ibu memberi aku sedikit kekuatan dan keberanian untuk aku suarakan keinginanku pada ayah. Ayah duduk di meja panjang di ruang tamu, mau ke kebun mungkin. Fikirku.

Ayah, sapaku lembut. Nak cakap sikit….senyap, nafas kutarik panjang. Ayah diam merelakan aku meneruskan kata2 ...Kalau saya sambung belajar lagi boleh tak? Ayah diam. Peluang itu, aku gunakan untuk teruskan penyampaian. Saya dapat tawaran untuk interview di Kuala Lumpur, esok. Ayah terus membisu…diam. Sambung belajar ke UK,  satu satu kalimah itu aku susun agar tidak membangkitkan ketidaksenangan ayah. Ayah diam….sambil berlalu dari tempat duduknya. Aku tunduk dan akur akan respon ayah. Aku sedikit kecewa.  Daripada aku duduk sahaja di rumah lebih baik aku belajar hatiku sedikit memberontak. Sambil akal memutar kembali kenapa sesukar ini kehidupanku. Tidak semudah yang aku bayangkan, tidak seperti yang aku fikirkan sewaktu di universiti dulu.

Ya Allah….Alhamdulillah aku mendapat pekerjaan dengan kadar gaji yang amat rendah, tetapi kudratku, keras tercurah. Layanan bayaran gaji yang  sering tertunda, membuat aku semakin lesu dalam dunia pekerjaan. Tapi persekitaran kerja yang baik memberi aku kekuatan untuk teruskan sehingga habis kontrak. Setiap ilmu aku raih tanpa aku kenal batasan kerjaku. Mane taknye, semua aku buat, ofis boy, account clerk, QS, designer, pelukis plan, assistant, nasib baik tak jadi "CEO". 

Astaghfirullahal’azhim……Ya Allah inikah jalan kisah hidupku. Drama lakonan yang aku harus skripkan? Kadang2 aku mengaduh, menyesal dilahir sebagai ‘aku’. Ya Allah.  Astaghfirullahal’azhim…. Keadaan hidup semakin mendesak. Aku resign… tapi syukur Alhamdulillah, aku raihi secebis pengalaman yang paling berharga walau cuma setahun lima bulan. Daripada seorang hingusan menjadi seorang yang agak berkeyakinan. Dalam tempoh itu aku ma'ruf untuk menjadi dari serendah rendah jawatan hinggalah kepada jawatan bisa aku kata senior walau pun aku tidak layak untuk jawatan itu. Terima kasih Allah, memberi aku peluang meraihi pengalaman yang ada. Kata teman sekerja ku, Senior Sivil Engineering tu.... Best experience katenye...

Kampung menjadi destinasi liburan tetapku mungkin. Tugas lama sebagai penghantar surat layang kujawat kembali. Huh inilah nikmat yang aku perolehi. Aku semakin berkeyakinan dalam mengarangkan kiriman yang mampu memberikan nilai yang tinggi buatku. Alhamdulillah.

Tawaran sebagai guru sementara lebih dulu menjengukku. Ayah dan ibu tersenyum lebar. Gembira aku akan mengajar. Walau pun tiada minat, aku turuti juga. Dalam keadaan yang mendesak aku tidak boleh terlalu memilih. Aku harus terima dengan seadanya. Kerna inilah jalan kisahku. Slot2 drama yang harus aku lalui, untuk melengkapkan perjalanan hidupku. Aku tak ingin menjadi seseorang yang tidak bermanfaat kepada yang ada di sekelilingku. Tapi pada waktu itu aku tidak sedikit pun matang dalam mentafsir erti manfaat diri.

Tugasan guru kujalankan hanya senada sahaja. Ini bukan bidang ku, jeritku dalam hati. Sabar….. Lakukan semampumu. Ya Allah… Dikesempatan itu aku memohon pekerjaan yang lain. Aku tidak mampu menjadi pendidik yang formal. Ya Allah, aku tidak mampu….Ya Allah. Hanya Allah tempat aduanku selangan setiap malam. Genap 3 bulan aku mengajar, Guru tetap hadir melaporkan diri. Alhamdulillah, tidak akan aku lupakan pengalaman di sini.

Pekerjaan baru yang serasi dengan jiwaku melamarku atas permohonan yang aku layangkan. Interview… Alhamdulillah nilai aku tinggi rupanya. Kebolehan aku punyai nilai di situ. Pengalaman lalu mengajar aku dalam meletak harga diri dan kebolehan diri sesuai pada tempatnya. Walaupun tidak semuanya permintaanku ditunaikan tapi aku akur. Mungkin ini yang diberikan untuk aku. Ini hanya permulaan. Sabar dan syukur menjadi prinsipku.

Pekerjaan aku seperti biasa. Tapi persekitaran ku menjadikan aku seperti dilambung kejutan budaya. Ya Allah…kasihan… Perjalanan hidup ini sedikit sebanyak menghambat aku dalam menjadi lebih matang dalam menilai kehidupan. Alhamdulillah…. Di sini aku belajar untuk berhujah juga berpendapatan dalam pertahankan yang menjadi tanggungjawabku.

Minda aku terus berfikir, apakah aku cuma bisa berdiam diri? Cubaan dan dugaan yang terada di sekelilingku menghimpit aku dalam menangkis setiap sorotan yang sepertinya menginjak peganganku. Bagaimana aku harus hadapi? Diam…
Pernah juga untuk aku pertahankan peganganku, tapi hati aku kurang sabar dalam membidas kata2 yang dilemparkan…Ya Allah, kumohon keampunanMU… Ceteknya ilmuku.

Bank buku dan aku hari ke hari menjadi semakin akrab. Sehinggalah aku dipertemukan sebuah kitab yang pernah seorang sahabat sarankan kepada ku untuk aku telaah. Ihya Ulumuddin. Karangan Imam Al-Ghazali. 8 jilid kuragut semuanya. Tanpa pernah aku jemu2 menelaah walau berulang kali aku membacanya. Minda menjadi lebih terbuka dalam mencari penyelesaian setiap 'permasalahan' sama ada apa yang aku pandang, apa yang aku dengar, apa yang aku hidu…..

Agama… Al-Quran, hadith2 Rasulullah s.a.w.. pendapat2 ulama besar  rujukan yang terbaik untuk dijadikan penyelesaian segala permasalahan yang ada. Juga buku sirah Rasulullah s.a.w. menghimpit hatiku untuk mendekati bumi anbiya dalam menikmati kebenaran sirah2nya. Juga terbenih sedikit rasa kasih, sayang dan cinta menggigit hati ini untuk hadir langsung ke sana. Terima Kasih Allah...

Sejak itu aku tekad, sematkan di dalam hati untuk menghalusi fahamanku terhadap agama. Bukan sekadar untuk memenuhi ilmunya tapi untuk selami dan jiwai ilmu itu. Selami persekitaran yang punyai haruman yang akan bisa aku hidu. Pandangan rias dalam menghiasi setiap lakarannya. InsyaAllah….

Sekali lagi aku resign. Aku punya alasan tersendiri. Entah, mungkin sebulan, aku libur kembali ke kampung, tapi sebulan kemudian mungkin aku terima panggilan telefon. Aku ditawarkan kerja sebagai junior dalam syarikat tersebut. Aku terima kerna keyakinan tinggi untuk menerima tawaran tersebut. Juga dengan nilaian gaji yang agak baik dan pengaruh bos yang kuat dalam percaturan dunia bidangku. Alhamdulillah, aku bisa bertahan di situ melebihi jangkaanku. Yelah setiap kali kerja takpernah melebih satu tahun. 

Dalam pada itu, aku dalam diam2, telah memohon untuk melanjutkan pengajian di timur tengah. Sebelum itu aku telah khabarkan pada ayah, pergilah kata ayah, tapi nadanya seperti memerli, mungkin fikirnya aku tak serius dengan kata2ku. Mungkin fikirnya aku hanya beromongan kosong. Alhamdulillah permohonan ku diterima. Telah aku jangka, wajah ibu dan ayah sedikit terkejut. Tidak menyangka aku senekad itu mungkin?....

Setelah itu aku teguhkan niat agar ikhlas seluruh jiwaku. Dan penyerahanku hanya kepadaNYA… Lerainya satu 'ikatan pertalian' yang terlewat menutupi sedikit sebanyak tujuan sebenar pemergianku. Kini aku tinggal hanya untuk teruskan perjuangan yang ingin aku terajui dalam lakonan pentasku. Semoga punyai keberhasilan walau dilewat waktu.

Ya Allah, hanya Engkau mengetahui apa yang terada di hatiku. Amat sukar untuk aku perhujahkan panjang lebar. Ya Allah….. kumohon jangan biarkan aku tersasar jauh dari redhaMU kerana mengabaikan perantara redhaMU ya Allah. Sekiranya pengunduranku itu lebih baik untuk hidupku, matiku, ibadatku aku redha ya Allah…… ya Allah kumohon sedikit kesabaranMU untuk aku kuat mencari nilaian itu walau di mana aku berada ya Allah. Suburlah hati dengan bunga2 ikhlas dalam menerima setiap pemberianMU…..



Comments

Popular Posts