Pengorbanan si gadis kecil 5

Bismillahirrahmanirrahim wassalamualaikum...
Petang itu nyaman. Tidak sejuk tidak panas. Alhamdulillah.... Menghirup udara segar seketika menemani si gadis kecil menikmati luasnya dunia ini. Berlari si gadis kecil keriangan. Aku mengambil pakaian di jemuran.
Cuaca semakin menyejuk, si gadis kecil ku sapa untuk masuk ke rumah. Aku meneruskan kerjaku melipat pakaian dan menyimpankan ianya dalam drawer. Si gadis kecil tanpa ku minta membantu ku membawa pakaiannya untuk disimpan. Ya Allah, sememangnya gadis kecil ini suka mengikut perlakuan orang tuanya. Aku harap tidak terlambat untuk aku perbetulkan kesilapan dan menambahbaik kekurangan...

Ya Allah,  kumohon bantuan Mu untuk aku istiqomah melakukan setiap kebaikan agar bisa berlangsung dakwahku buat si gadis kecil.
Kumulakan dakwahku buat si gadis kecil. Akhlak ku Akhlak mu..

Comments

Popular Posts